Cara Untuk Trader Kekal Motivasi Dalam Trading
Setiap trader pasti akan ada lalui fasa dimana mereka akan berasa kurang semangat dan motivasi ia mungkin boleh berpunca disebabkan kita tidak nampak sebarang kemajuan dalam trading kita atau mungkin juga kerana sifat ragu-ragu bahawa adakah trading ini sesuai atau tidak untuk kita.
Punca lain kenapa trader mula rasa kurang motivasi mungkin juga boleh disebabkan mereka baru alami kerugian yang berturut-turut.
Walauapapun puncanya, setiap trader pasti akan lalui fasa ini lagi-lagi buat trader baru.
Motivasi adalah satu perkara yang penting di pemulaan untuk berjaya jangka masa panjang sebagai trader, mari kita lihat bagaimana nak kekal semangat dan bermotivasi dalam trading.
Pengambilan Utama
- Ketahui matlamat apa yang anda ingin capai dalam trading adalah penting untuk kekal motivasi.
- Mempunyai rakan trader dapat membantu kita untuk terus kekal bermotivasi dengan trading.
- Motivasi hanyalah sementara, anda patut bina disiplin itu lah rahsia sebenar untuk berjaya dalam forex trading.
Isi kandungan
1) Baca Kesah Trader Yang Berjaya
Anda perlu mempunyai model peranan atau orang yang anda mahu jadi, dengan mempunyai individu yang anda jadikan sebagai model peranan dan membaca atau mendengar kesah perjalanan mereka ia boleh membantu anda untuk terus kekal semangat untuk mencapai matlamat trading anda.
Salah satu tempat terbaik untuk mendengar kesah trader yang sudah berjaya adalah di CTC FM, mereka telah temuduga ramai trader yang berjaya dalam industri dam menceritakan kesah perjalanan mereka.
Dengan mendengar kesah trader-trader yang sudah berjaya anda akan berasa lebih semangat kerana mereka semua bermula pada tahap yang sama tapi mereka kekal berusaha dan terus belajar dan mencari ilmu sebelum mereka berjaya.
Anda juga dapat mendengar kesah kegagalan serta kesilapan yang mereka telah lakukan dan dari situ anda boleh ambil iktibar serta pengajaran dari kesah mereka agar anda tidak melakukan kesilapan yang sama.
2) Tetapkan Matlamat
Ketahui tujuan kenapa anda ingin menjadi trader adalah perkara yang penting untuk kekal bermotivasi. Jika kita tidak tahu sebab apa kita ingin menjadi seorang trader maka ianya amat susah untuk terus kekal bertahan kerana hilang motivasi.
Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza sebab kenapa mereka ingin menjadi seorang trader, ada yang kerana ingin mencari pendapatan tambahan, ada sebab ingin berkerja bersendirian, mungkin juga sebab mereka inginkan kebebasan untuk trade dimana jua.
Apa-apa pun sebab anda ingin menjadi seorang trader pastikan anda tetapkan matlamat yang masuk akal dan boleh dicapai. Jangan anda letak matlamat seperti ingin menjadi jutawan dan beli kereta mewah, walaupun ianya tidak mustahil tapi matlamat itu agak susah untuk dicapai.
Bermula dengan matlamat yang mudah untuk dicapai dahulu seperti ingin membuat duit tambahan setiap bulan untuk lepas bayar bil air atau elektrik rumah.
Selepas anda sudah capai matlamat itu baru anda ubah ke matlamat yang lebih tinggi dari yang sebelumnya. Jika anda terus letak matlamat yang terlalu besar ianya akan kelihatan seperti imaginasi daripada matlamat yang anda boleh capai.
Maka ianya disaran untuk anda bermula dengan matlamat yang kecil dan mudah untuk dicapai dahulu kemudian selepas anda capai matlamat itu mula tetapkan matlamat yang lebih tinggi.
3) Jangan Bandingkan Diri
Antara punca sebab kenapa ramai trader mula hilang motivasi serta semangat mereka adalah apabila mereka mula bandingkan diri mereka dengan trader lain.
Ianya tidak salah sekiranya kita lihat trader lain hanya sebagai motivasi tapi bila kita mula bandingkan diri dengan trader lain itu boleh menjadi satu masalah kerana kita akan mula rasa rendah diri.
Anda perlu ingat sifat serta nasib setiap orang adalah berbeza, mungkin ada trader yang dapat mula dengan modal yang lebih besar dan dapat hasil keuntungan yang lebih besar daripada kita. Anda tidak boleh bandingkan diri anda seperti itu.
Hanya fokus saja pada usaha anda dan jangan risau tentang trader lain. Fokus pada diri anda lihat bagaimana anda boleh perbaiki lagi prestasi trading anda.
4) Berehat
Untuk berjaya dalam trading tidak semestinya anda perlu sentiasa trade setiap hari sepanjang masa, akan ada masa dimana anda berasa penat, jangan berasa malu sekiranya anda perlu rehat seketika.
Ianya perkara biasa setiap trader pasti akan ada ambil waktu untuk mereka berehat dari melihat chart dan melakukan analisa.
Mungkin juga anda baru saja alami kerugian yang berturut-turut dan ini adalah situasi yang biasa. Trader yang berjaya juga akan ada waktu dimana mereka alami kerugian berutur-turut.
Apa yang bezanya adalah langkah yang mereka ambil selepas alami situasi kerugian itu, biasanya mereka akan rehat seketika cuba untuk tenangkan diri kemudian mereka kaji semula trade yang rugi tersebut untuk lihat apakah kesilapan yang berlaku dan apa yang perlu diperbaiki.
Trader amatur mereka biasanya akan cuba untuk membuka lagi posisi trade untuk menutup semula kerugian yang mereka alami, tapi apa yang biasanya berlaku adalah mereka akan alami kerugian yang lebih besar dan mungkin juga alami margin call akibat trade yang berlebihan.
Kerugian berturut-turut itu adalah situasi yang biasa dan ianya bukanlah sebab strategi yang digunakan itu sudah tidak berkesan tapi ianya berpunca dari keadaan pasaran semasa.
Baca: Kenapa prestasi strategi analisa anda makin merundum.
5) Ganjaran Untuk Diri Anda
Cara terbaik untuk kekal semangat dalam trading adalah dengan memberi sedikit ganjaran buat diri anda pada hari atau minggu anda menerima keuntungan.
Sekiranya anda alami keuntungan keluarkan sedikit hasil keuntungan tersebut dan beli sesuatu atau berlanja diri anda mungkin dengan membeli barang atau pergi bercuti.
Dengan memberi ganjaran kepada diri anda ianya akan meningkatkan lagi semangat untuk terus berusaha dalam trading.
6) Rakan dan Komuniti
Menyertai komuniti trading boleh membantu kita untuk kekal bermotivasi dalan perjalanan kita sebagai seorang trader.
Bukan itu saja dengan menyertai komuniti juga dapat membantu kita dalam sebarang masalah yang kita sedang alami dalam trading dengan bertanya soalan atau meminta pendapat dan pandangan dari trader lain.
Tetapi anda perlu berhati-hati apabila sertai komuniti agar anda tidak bandingkan diri anda bersama trader yang lain, seperti yang dikatakan sebelum ini ianya boleh membuat kita hilang motivasi daripada meningkatkan motivasi jika kita bandingkan diri dengan trader lain.
7) Disiplin vs Motivasi Dalam Trading
Walaupun motivasi ini adalah penting pada peringkat awalnya tetapi ianya lebih penting untuk kita membina disiplin sebagai trader.
Ini kerana motivasi itu hanyalah sementara ia datang dan pergi, tetapi disiplin ini kekal lama dan lebih konsistent berbanding motivasi.
Antara cara anda boleh jadi lebih disiplin sebagai trader:
- Mempunyai trading plan
- Membuat trading journal
- Mempunyai mentor untuk bimbingan
- Tahu cara kawal emosi semasa trading
Sekiranya anda ingin menjadi seorang trader yang berjaya pada jangka masa panjang, maka disiplin adalah lebih penting berbanding motivasi.
Soalan Lazim
Bagaimana Nak Kekal Motivasi Dalam Trading?
Macam Mana Nak Cari Mentor Trading?
Kenapa Trader Hilang Motivasi dan Semangat?
Kesimpulan
Ianya perkara biasa buat trader untuk hilang rasa motivasi dan semangat lagi-lagi sekiranya mereka baru saja alami situasi yang merugikan.
Tetapi dengan menggunakan langkah dibincangkan di atas ia dapat membantu trader untuk terus kekal bermotivasi dan semangat dalam perjalanan mereka sebagai seorang trader.
Pada masa yang sama trader perlu ingat disiplin memainkan peranan yang lebih penting dalam jangka masa panjang berbanding motivasi, maka ianya penting untuk trader mula membina sifat disiplin dalam trading mereka.